PERATURAN SURAU
Peraturan Am
1. Pengurusan surau ini adalah
dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan
bidang tugas yang telah ditetapkan.
2. Surau ini hendaklah digunakan
sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan amali pendidikan Islam,
sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta
kemasyarakatan.
3. Semua jemaah dikehendaki menjaga
kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan
yang memuaskan.
4. Surau juga boleh digunakan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
5. Semua barang serta peralatan
surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh dibawa keluar kecuali
dengan kebenaran.
6. Dilarang membawa masuk ke dalam
surau perkara-perkara berikut :-
a. Senjata tajam yang merbahaya dan
seumpamanya.
b. Bahan-bahan dan gambar lucah,
majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang berunsur politik serta
risalah-risalah ajaran sesat.
c. Makanan dan minuman.
d. Menampal bahan-bahan penerbitan,
poster atau risalah dengan mendapat keizinan daripada pengerusi atau
jawatankuasa surau.
7. Tidak dibenarkan menjadikan surau
sebagai tempat tidur, melepak, menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
8. Semua jemaah dikehendaki
menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,
kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
9. Semua peralatan surau hendaklah
disimpan semula dengan kemas selepas digunakan.
Peraturan Khas Tatasusila Di Surau
1. Memakai pakaian yang suci,
bersih, kemas dan menutup aurat / bersopan ketika di surau.
2. Berwudhuk terlebih dahulu sebelum
masuk ke surau.
3. Masuk dengan kaki kanan dan
keluar dengan kaki kiri serta berdoa.
4. Mengambil tempat duduk pada saf
bahagian hadapan terlebih dahulu.
5. Duduk dengan keadaan tertib,
bersopan serta menghadap kiblat.
6. Memperbanyakkan zikrullah ketika
berada di surau.
7. Tidak membuat bising ketika
berada di dalam surau.
8. Menghormati azan dan iqamat serta
menjawabnya dengan sempurna.
9. Merapatkan saf ketika mendirikan
solat.
10. Menghidupkan budaya memberi salam
dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.
11. Dilarang melintas dihadapan orang
yang sedang solat.
12. Digalakkan membaca doa sebelum
keluar dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.
No comments:
Post a Comment