al-Quran audio

SENARAI TUGAS AJK


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN 
SURAU AL-NUR

a. Penasihat
        I.            Memberi nasihat, pandangan dan idea kepada Jawatankuasa Surau.
      II.            Memastikan kemajuan dan kecemerlangan surau.

b. Pengerusi
         i.            Menjadi Penggerak utama kemajuan surau.
       ii.            Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
      iii.            Membantu dan bekerjasama dengan jawatankuasa ke arah pengurusan surau yang efisyen dan sistematik.
     iv.            Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK lain.
       v.            Memantau dan membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

c. Timbalan Pengerusi & Naib Pengerusi
         i.            Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
       ii.            Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

d. Setiausaha
         i.            Membuat surat panggilan mesyuarat atas arahan Pengerusi.
       ii.            Mengurus surat masuk keluar yang berkaitan.
      iii.            Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
     iv.            Melaksana aktiviti surau dan jadual bertugas bersama-sama AJK lain.
       v.            Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.
     vi.            Menyediakan fail untuk AJK.
    vii.            Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.



e. Naib Setiausaha
         i.            Menjalankan tugas-tugas setiausaha ketika ketiadaannya.
                               ii.            Memberi kerjasama kepada pengerusi dan setiausaha dalam perlaksanaan pengurusan aktiviti.
                              iii.            Menyediakan laporan aktiviti dan dokumentasi.
                             iv.            Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi, setiausaha dan AJK lain.
f. Bendahari
         i.            Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyata kewangan.
       ii.            Merancang usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi, setiausaha dan AJK lain.

g. Ahli Jawatankuasa
         i.            Memberi kerjasama kepada pengerusi, setiausaha, bendahari dan jawatankuasa lain dalam pelaksanaan pengurusan aktiviti.
       ii.            Menjalankan tugas mengikut bidang tugas jawatankuasa masing-masing.
      iii.            Menghadiri mesyuarat yang diadakan.
     iv.            Melantik dan membentuk jawatankuasa kecil.
       v.            Menyediakan laporan aktiviti yang dilaksanakan.


No comments:

Post a Comment